About Impian Kita Semua

My photo
Alor Star, Kedah, Malaysia

Nuffnang

Najuwa Followers

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia
Tahukah anda bahawa terdapat polisi penyusuan susu ibu yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diaplikasikan oleh semua hospital, klinik atau individu rakyat Malaysia.
Polisi tersebut adalah :-
“Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan SUSU IBU sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.”
Adakah kita sedar tentang kewujudan polisi ini? Semoga kita terus mengamalkannya.

Penyusuan Eksklusif
Berdasarkan kepada polisi penyusuan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan takrif yang diberikan oleh WHO, dapat disimpulkan bahawa :-

“penyusuan ibu secara eksklusif itu adalah, bayi diberi susu ibu sahaja”
“tanpa minuman/makanan lain (air masak, susu formula, jus, the, kopi, dll)”

Berapa lamakah penyusuan eksklusuf diperlukan?

“selama 6 bulan”

Sekiranya bayi diberi minuman lain (air masak/jus) disamping susu ibu dalam tempoh 6 bulan itu, maka ia dikatakan “Penyusuan Sepenuhnya” (Fully Breastfeeding) dan bukannya “Penyusuan Eksklusif”.
Di Malaysia dikatakan terdapat peningkatan dalam penyusuan susu ibu namun penyusuan eksklusif masih kurang (walaupun tiada statistic rasmi dikeluarkan).
Senario ramai ibu-ibu masih kurang yakin untuk memberi susu ibu SAHAJA kepada bayi selama 6 bulan tersebut. Tambahan kepada air masak dan sekali sekala susu formula kelihatannya sukar dielakkan.

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu
Kebaikan susu ibu kepada bayi :-
  1. Mengandungi antibody (bahan pencegah penyakit).
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi.
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam.
  4. Mengurangkan risiko alahan.
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik.
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga.
  7. Mengelakkan cirit-birit dan penyakit saluran penafasan.
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesity.
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik.
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik.
Kebaikan susu ibu kepada ibu :-
  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan.
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  3. Menjarakkan kelahiran.
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan.
  5. Mengeratkan kasih saying antara ibu dan anak.
  6. Menjimatkan masa dan wang.
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan.
Nota peribadi : Kebaikan-kebaikan di atas dapat dinikmati dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Insyaallah.

Penyusuan Ibu Sesuatu Yang Perlu Dipelajari.
Ramai menggangap bahawa penyusuan ibu adalah suatu fenomena biologi yang akan berlaku secara semulajadi apabila seorang ibu melahirkan anak. Justeru apabila menghadapi masalah atau keadaan seperti kuantiti air susu ibu semakin berkurangan, kita juga menganggap ia adalah perkara biasa sajaha (tidak dapat dielakkan dan tidak dapat diperbaiki).
Namun begitu, penyusuan ibu adalah yang peru dipelajari dan diberi perhatian penuh sekiranya kita berazam untuk melengkapkan penyusuan ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan seterusnya 2 tahun atau lebih. Semasa ibu-ibu sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi, ramai terlupa atau tidak mengendahkan untuk menambah pengetahuan tentang penyusuan ibu sebaliknya sibuk dengan persiapan-persiapan fizikal seperti baju bayi, katil, mainan, alatan mandian dan lain-lain. Perkara-perkara tersebut memang perlu diberi perhatian kerana kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Namun ada satu yang TERBAIK yang kita lupakan iaitu SUSU IBU. Siapa berani menyangkal yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi? Jadi berikan yang terbaik untuk bayi kita iaitu SUSU IBU. Sesungguhnya tida susu di dunia yang mampu menandingi kehebatan susu ibu, malah pengeluar-pengeluar susu formula di dunia masih terus berusaha untuk menghasilkan susu formula yang menyemai khasiat susu ibu. Tetapi saya amat percaya yang original itulah yang terbaik dan tiada tandingannya!





   
Related Posts with Thumbnails